Amalin Mohd
Luahan hati tanpa pena.


Hamba Allah


kenal dulu. baru kritik.
adilkan ?!

Cari Aku

Instagram : AmalinMohd
Facebook
Twitter
Tumblr
FormSpring
Ask.fm
Nyawa
.




Buah Hati



28.11.12 . 11:08 am
Bunda.

Mata tua yang memandang aku itu .
bundar . pudar ! 

Dia tak mahu bilang apa yang mencenkam jiwa usangnya .
"biar" katanya "biar".

Wahai bunda
berhentilah walau sebentar
dan renungkan mataku yang melaut
Khabarkan yang jujur dan ujar
apa menyerabut ?


Wahai bunda . 

bercukuplah mengagah tulang rapuhmu.
akukan lemahmu.
perikan penatmu.
kisahkan jerihmu

aku mahu tahu !

Mata tua yang bagai ada sakti dewa dewi itu . 

harum . senyum !

Dipukaukan aku nan terus terpana dan terlupakan .
"biar" katanya lagi "biar"


Wahai bunda

bisikkanlah walau sekali
izinkanlah walau sekali
izinkan aku menumpangkan bahu .
berikan aku seperca dari beban kamu.


wahai bunda.

lihatkanlah aku.
berlari kini .
melompat tinggi.
setiapnya kerna kau tak pernah pergi .

apa masih ingat lagi .
aku suka lari-lari.
kau bagaikan tak peduli
ku biar kau patah hati.

apa masih tidak lupa .
tengking jerit sama sama ?
makan tak mahu semeja
sahabat lebih berharga.

apa mampu kau sudikah.
ampun maafku sujudkan ?
biasa tidak kau teruskan.
ku sesat kau tunjuk jalan? 

apa layak aku bagi ?
tak terbalas sampai mati .
kau sungguh yang paling tinggi

istanamu syurga nanti .

Maziyah Ismail.

* thanks fynn *



Lapuk | Baharu