Amalin Mohd
Luahan hati tanpa pena.


Hamba Allah


kenal dulu. baru kritik.
adilkan ?!

Cari Aku

Instagram : AmalinMohd
Facebook
Twitter
Tumblr
FormSpring
Ask.fm
Nyawa
.




Buah Hati



20.3.12 . 3:35 pm
Tip ambil result ~

...
aku tak pandai sangat nak kasi tip/tip .. sikit/sikit boley la .. untuk menghilangkan debaran di hati .. aku try search kat ternet .. tips nak ambil result .. and ada la jumpa .. skunk aku juz nak share jew .. harap berguna yew ..
...
1.Datang tepat pada masanya
Pastikan kamu datang tepat pada masa keputusan itu akan dikeluarkan. Jangan datang awal sangat sebab ini boleh membuatkan kamu risau dan cemas. Kamu akan banyak memikirkan tentang keputusan itu dan pastinya akan bertambah gementar. So, datang tepat pada masanya.
Jangan datang lambat sangat sebab nanti kawan-kawan kamu semua dah balik rumah. Kalau kamu dapat result bagus, nak berlagak kat siapa? Semua dah balik.

2.Keadaan tubuh badan yang optimum
Ini adalah perkara pokok semasa ingin mengambil result kamu. Pastikan sebelum ke sekolah, kamu makan dengan secukupnya. Singgah di mamak dahulu jika perlu. Badan yang sihat adalah tunjuang kepada perasaan dan emosi yang stabil.
Tubuh badan yang optimum membolehkan kamu melompat setinggi-tingginya bila result bagus. Dan menangis sepuas-puasnya bila result teruk.

3.Sikap sahabat
Pastikan kamu duduk bersama rakan-rakan yang berguna dan supportive. Elakkan orang yang suka bangga diri dan berlagak. Lebih manis jika kamu duduk bersama rakan yang lucu. Ini boleh menenangkan hati, jiwa dan fikiran kamu.
Ohh ya! Jangan sombong dengan orang lain. Sembang dengan semua orang yang kamu jumpa. Kan kamu semua dah berzaman tak jumpa.

4.Senjata terhebat muslim
Doa adalah senjata kita. Senjata yang amat hebat dan mampu mengubah segala-galanya dengan izin Allah. Jangan lupa baca doa sebelum keluar rumah. Jangan lupa juga sewaktu memandu, makan, masuk masjid dan lain-lain lagi. Tanam dalam hati senjata terhebat ini. InshaAllah, boleh berjaya. Kalau dah usaha, Allah pasti akan membantu kita. Betul tak?
...
okey .. tue semua tips yang aku jumpa ..
nie plak sedikit tips dari aku yang tak seberape ..
a. pendapat aku .. pakai baju yang formal .. sudah cukup ..
b. jangan terlalu yakin ..
c. lau result gempak 0r tak gempak pom .. jmpa guru/guru yang mengajar, ucap terima kasih sudah mencukupi.
...
sikit sangat tips aku .. sebab dah tak tahu nak bagi tips apa lagi .. otak dah beku .. dup dap dup dap fikirkan hari ecok .. macam mana cerita pom aku tak tahu .. hope apa yang aku inginkan tercapai .. aku dah usaha semampu yang aku boleh buat .. nak diundurkan masa pom dah tak boleh .. kepada yang bace entry nie .. doakan aku erkk .. Allah pasti akan membalas jasa kalian. Amin.
mungkin ini adalah entry terakhir aku sebelum result kuar..
semoga berjumpa lagi,wassalam.


Lapuk | Baharu